Friday, April 22, 2011

Revolusi Mesir (my version)


Jumuah mubarak...! :)

Macam tak logik ke nak update blog pasal revolusi mesir, dah berbulan-bulan benda tu lepas (25 january...hari ni 22 april..okeh dah dekat 3 bulan).?heh...Tapi takpelah ni kan blog sendiri,so takpelah..(tak ada orang kesah pun makja...kalau lambat setahun pun takpe!)

oh lama dah tak update blog,semangat tumbang kot bersama-sama tumbangnya hosni,heeh..
kelakar teringat satu rumah berkejar ke balkoni bila dengar je bunyi kereta kebal lalu kat jalan besar sebelah,masalahnya dekat nak 50 biji kot (ke lebih?!) dan setiap kali tulah berlari keluar,kesian..selama ni juz dapat tengok kat kat muzium jeh,hesh..masalahnya kadang-kadang tu bukan kereta kebal pun yg lalu,metro (train) sebenarnya..heh confuse2

Apapun,orang Mesir of course this is not the ending,this is the beginning...! the very very beginning (speaking london plak), pemerintah yg zalim dah tiada,lepas tu apa, tiada lagi tekanan,lepas tu dah boleh bina balik mesir ni,lepas tu apa,apa dan apa? (cewah gaya macam apa je..)

bila jalan kat luar,sayu sungguh kanak-kanak yang sepatutnya sekarang ni kat sekolah belajar tulis baca...duduk di tepi-tepi jalan meminta-minta dari orang yg lalu-lalang, orang mesir...mungkin mereka nampak compang camping,mungkin bau mereka pun macam huhm.. tapi tengoklah senyuman mereka yang cute tu,mereka ada masa depan yg panjang lagi, mesir ni tanah subur,ada nil,ada minyak...tinggal macam mana nak uruskan semua tu, semua orang pun tahu,Islam mencegah kemiskinan,kemelaratan, moga moga lepas ni kita boleh laungkan kat seluruh dunia We Are Muslim and we are rich..n we are cool :)

(kajian : 10 juta lebih orang mesir hidup dengan kewangan bawah 2 genih sehari equal to 1 ringgit....!think about it!!)

Bolehlah nak bola ke,nak berhibur ke...tapi berpada-padalah 'kemerdekaan' ni dicemburui banyak orang,ada je yang tengah menjeling-jeling geram sekarang ni nak merosakkan orang-orang mesir ni,pemuda-pemudanya especially, musuh tak boleh cengkam leher kita,mereka akan mencengkam otak kita...(oh teringat mesia...ALLAH jaga malaysia...)...someone cerita,pihak2 sekular kat mesir sekarang ni pula sibuk menakut2kan supaya jangan memilih ikhwanulmuslimin... konon2nya nanti akan jadi pemerintahan militan,no movie,no entertainment,joget2...no baju sendat2..n macam2....macam mana kalau orang Islam sendiri menakut2kan orang islam tentang Islam...rasanya semua orang pun tahu,ikhwanul muslimin dakwahnya penuh dengan kesederhanaan,penuh kasih-sayang..dan cinta.mereka mahu membina mesir dari bawah,dari setiap satu-satu individu...kemudian orang mesir akan berubah kerana mereka sendiri faham,bukan paksaan2...

selepas dah maju,tiada lagi orang yg melarat,kemudian apa? umar al-khattab radiyallhu anhu said:

"We are a people to whom Allah has given honor and pride THROUGH Islam, and if we try to attain honor and pride through anything other than Islam then Allah will humiliate us and bring us low."

lihatlah,semua orang pun tahu sejarah...khilafah Islam jatuh bila umat Islam tinggalkan islam,kita salah kalau kita sangka dunia akan memandang tinggi kepada kita bila kita ada teknologi yang canggih manggih,ada bom nuclear,ada fesyen festival yg gah2...no no the ONLY way is when we return to Islam,dengan sebenar-benarnya...

membebel-membebel macam lah orang mesir faham..biarlah yg penting dah dapat release,apply kat semua sebenarnya esp diri ni sendiri,mengharap bila kemenangan Islam tersebar di seluruh bumi ALLAH ni satu hari nanti,moga-moga diri ni pernah menjadi salah seorang yg pernah berusaha untuk menyumbang pada kemenangan tu...insyaALLAH..

tiba2 rasa malu pulak tulis banyak2 ni,someone cerita kisah seorang doktor/penulis bernama
Dr. Magdy Al-Hilaly,beliau banyak menyibukkan diri dengan dakwah,dan dari pengalaman-pengalaman tu beliau karang buku buku untuk memberi kefahaman dan kesedaran..maksudnya bukan setakat duduk2 kat rumah,lepas tu nak menulis,memang2 bukan tak boleh menulis cuma amal tu patutnya lebih2 kena banyak lagi..haish malu2..=.='

Lastly, apapun moga kita selalu tanam dalam hati,apapun yang kita buat matlamat akhirnya mesti ALLAH...kalau tak nothinglah! becuz our true home is not here...

ALLAH give us strenght to istiqamah.
peace! ^__^v

No comments:

Post a Comment