Friday, June 15, 2012

Ramadhan2u

ALLAH IS NEAR..
HE KNOWS...


ALLAH knows...it is enough...
Hopefully, ramadhan this year will be so much beautiful for me.
for all of us. 


*smile*


(sangat dah terlalu lama tak post.... wireless please make a come back -___-)




Monday, June 6, 2011

impian

daripada kecik,sekolah sampai dah besar ni kebanyakkan apa yang diri ni impikan,apa yg diri ni idamkan, ALLAH selalu makbulkan...

ya ALLAH,moga Engkau iringi dengan redhaMU..
tiada Tuhan melainkan Engkau ya ALLAH...Maha suci ALLAH..
diri ini termasuk orang-orang yang zalim..


ALLAH with me.
ALLAH with me.
And He loves me very much...

the last couple months have been hard...what a fragile heart..
just be careful.

nak kemana sebenarnya ni...?

sidai kain malam2 kt balkoni dapur belakang rumah.
menghadap (jalan raya)x2 yang sesak dan bising- jalan bawah dan fly-over.

kemana semua orang nak cepat-cepat ni.apa yang mereka kejar-kejar.

umph.apa sebenarnya yang semua orang nak kejar-kejar dalam hidup ni.
akhirnya apa yg kita nak?

apa yang aku nak?



(berangan nk snap gambar traffic belakang rumah with my own android.or iphone. dah2. urm kat syurga mesti ada gadget yg lagi tersangat paling canggih, of course this one i googled- cairo's terrifying traffic,so it's still ok!)

ps - rasanya semua org pun dapat rasakan betapa mingu2 exam ni blogging mood barulah nak datang.it's either your book,or your laptop.

Saturday, April 23, 2011

aseeya


someone mengadu,kadang-kadang iman rasa lemah sangat n down,kawan-kawan disekeliling semuanya macam tak ambil peduli,masing-masing dengan hidup masing-masing..tiada teman yang mahu saling menguatkan pada jalanNYA,bila duduk rumah family pun hanya ambil ringan tentang cara hidup islam...

sahabat,satu waktu dulu,diri ni pun pernah bertanya-tanya begitu,kenapa ALLAH tak hanya hadirkan teman-teman baik dan solehah disekeliling kehidupan ni,supaya boleh jadi qudwah,supaya boleh selalu menasihatkan diri ini,kenapa...?

Alhamdulillah berkesempatan mendengar cerita dari seorang kakak kisah asiah isteri firaun,beliau hanya sendiri mempertahankan iman ketika suami beliau sendiri kufur dengan ALLAH,seorang diri menghadapi kezaliman firaun...hingga shahid diseksa suami sendiri

hanya sendiri..

pasti bukan sahaja-sahaja ALLAH menceritakan kisah yg menakjubkan ini di dalam Al-quran melainkan supaya menjadi motivasi untuk kita...

kuat dan tekadkan hati.Diri kita sendiri menentukan keadaan diri kita,bukan orang lain.


Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin iaitu perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan zalim), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”

[at-tahrim: 11]

Indahnya...kalau dapat bertemu Asiah,dapat berkunjung ke istana yang ALLAH sediakan buatnya di syurga,dapat duduk dan bermesra dengannya..

indahnya..indahnya...

shopping!

gambar sekadar hiasan.

5 hari cuti.

1st day activity - senam pagi, pergi tengok forum (cari2 motivasi sedikit biar rajin study...!) last2 panel tu ingatkan umat Islam perlu ingat dan rasa beruntung becuz we have the best source of motivation in the world-AlQuran..urm..rasa malu pulak dengan diri sendiri =_=...Lepas habis dengar forum+ceramah, perasaan nak balik rumah macam tak muncul pulak,yang ada perasaan nak pergi shopping,oh bahaya2,nature seorang perempuan yg suka shopping (urm tapi orang lelaki pun boleh tahan jugak..)..ok takpe yg penting beringat n sederhana eh,hurm dapatlah satu purse alhamdulillah...(tersenarai dalam keperluan insyaALLAH bukan kehendak) heh

2nd day - indoor activity (baca : bedroom)

3rd day - ?
4th day - ?
5th day - ?

Dah ada plan sendiri,kalau hidup ni tak menemui secret deadlinenya lagi,dapatlah buat insyaALLAH..

reality of life..
perumpaan diberikan task atau kena siapkan proposal,mesti nak buat elok2 dan submit sebelum deadline,dan deadline tu pasti dah ditetapkan tarikhnya,

tapi hidup ni...ALLAH rahsiakan deadlinenya....boleh jadi sekejap lagi...boleh jadi lama lagi

Astaghfirullah....Tiada kekuatan melainkan dari DIA.

Friday, April 22, 2011

Revolusi Mesir (my version)


Jumuah mubarak...! :)

Macam tak logik ke nak update blog pasal revolusi mesir, dah berbulan-bulan benda tu lepas (25 january...hari ni 22 april..okeh dah dekat 3 bulan).?heh...Tapi takpelah ni kan blog sendiri,so takpelah..(tak ada orang kesah pun makja...kalau lambat setahun pun takpe!)

oh lama dah tak update blog,semangat tumbang kot bersama-sama tumbangnya hosni,heeh..
kelakar teringat satu rumah berkejar ke balkoni bila dengar je bunyi kereta kebal lalu kat jalan besar sebelah,masalahnya dekat nak 50 biji kot (ke lebih?!) dan setiap kali tulah berlari keluar,kesian..selama ni juz dapat tengok kat kat muzium jeh,hesh..masalahnya kadang-kadang tu bukan kereta kebal pun yg lalu,metro (train) sebenarnya..heh confuse2

Apapun,orang Mesir of course this is not the ending,this is the beginning...! the very very beginning (speaking london plak), pemerintah yg zalim dah tiada,lepas tu apa, tiada lagi tekanan,lepas tu dah boleh bina balik mesir ni,lepas tu apa,apa dan apa? (cewah gaya macam apa je..)

bila jalan kat luar,sayu sungguh kanak-kanak yang sepatutnya sekarang ni kat sekolah belajar tulis baca...duduk di tepi-tepi jalan meminta-minta dari orang yg lalu-lalang, orang mesir...mungkin mereka nampak compang camping,mungkin bau mereka pun macam huhm.. tapi tengoklah senyuman mereka yang cute tu,mereka ada masa depan yg panjang lagi, mesir ni tanah subur,ada nil,ada minyak...tinggal macam mana nak uruskan semua tu, semua orang pun tahu,Islam mencegah kemiskinan,kemelaratan, moga moga lepas ni kita boleh laungkan kat seluruh dunia We Are Muslim and we are rich..n we are cool :)

(kajian : 10 juta lebih orang mesir hidup dengan kewangan bawah 2 genih sehari equal to 1 ringgit....!think about it!!)

Bolehlah nak bola ke,nak berhibur ke...tapi berpada-padalah 'kemerdekaan' ni dicemburui banyak orang,ada je yang tengah menjeling-jeling geram sekarang ni nak merosakkan orang-orang mesir ni,pemuda-pemudanya especially, musuh tak boleh cengkam leher kita,mereka akan mencengkam otak kita...(oh teringat mesia...ALLAH jaga malaysia...)...someone cerita,pihak2 sekular kat mesir sekarang ni pula sibuk menakut2kan supaya jangan memilih ikhwanulmuslimin... konon2nya nanti akan jadi pemerintahan militan,no movie,no entertainment,joget2...no baju sendat2..n macam2....macam mana kalau orang Islam sendiri menakut2kan orang islam tentang Islam...rasanya semua orang pun tahu,ikhwanul muslimin dakwahnya penuh dengan kesederhanaan,penuh kasih-sayang..dan cinta.mereka mahu membina mesir dari bawah,dari setiap satu-satu individu...kemudian orang mesir akan berubah kerana mereka sendiri faham,bukan paksaan2...

selepas dah maju,tiada lagi orang yg melarat,kemudian apa? umar al-khattab radiyallhu anhu said:

"We are a people to whom Allah has given honor and pride THROUGH Islam, and if we try to attain honor and pride through anything other than Islam then Allah will humiliate us and bring us low."

lihatlah,semua orang pun tahu sejarah...khilafah Islam jatuh bila umat Islam tinggalkan islam,kita salah kalau kita sangka dunia akan memandang tinggi kepada kita bila kita ada teknologi yang canggih manggih,ada bom nuclear,ada fesyen festival yg gah2...no no the ONLY way is when we return to Islam,dengan sebenar-benarnya...

membebel-membebel macam lah orang mesir faham..biarlah yg penting dah dapat release,apply kat semua sebenarnya esp diri ni sendiri,mengharap bila kemenangan Islam tersebar di seluruh bumi ALLAH ni satu hari nanti,moga-moga diri ni pernah menjadi salah seorang yg pernah berusaha untuk menyumbang pada kemenangan tu...insyaALLAH..

tiba2 rasa malu pulak tulis banyak2 ni,someone cerita kisah seorang doktor/penulis bernama
Dr. Magdy Al-Hilaly,beliau banyak menyibukkan diri dengan dakwah,dan dari pengalaman-pengalaman tu beliau karang buku buku untuk memberi kefahaman dan kesedaran..maksudnya bukan setakat duduk2 kat rumah,lepas tu nak menulis,memang2 bukan tak boleh menulis cuma amal tu patutnya lebih2 kena banyak lagi..haish malu2..=.='

Lastly, apapun moga kita selalu tanam dalam hati,apapun yang kita buat matlamat akhirnya mesti ALLAH...kalau tak nothinglah! becuz our true home is not here...

ALLAH give us strenght to istiqamah.
peace! ^__^v

Friday, January 21, 2011

berjalan-jalan

Maha Suci ALLAH

winter break.

Hanya mampu menahan cemburu melihat seorang demi seorang teman membeli tiket pelancongan - Turki,jordan,syria,spain,uk...tidak kalah juga yang mendaftar jaulah dalam Mesir..
uhm.. tempat-tempat yang diri ini hanya mungkin boleh pergi dalam angan-angan..
Tidak mengapalah..itulah rezeki kalian yang ALLAH lebihkan..

"Maka tidak pernahkah mereka jalan di bumi, sehingga hati mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
[al-hajj:46]

Buat sahabat-sahabat,
Diri ini mendoakan musafir kalian...
mudah-mudahan menjadi kembara yang mendidik jiwa
kembara yang mendekatkan pada Pencipta..
menggetar hati merenung keagunganNYA..
kembara ukhwah,kembara tarbiah..

Kalau orang yang tidak kenal Tuhan..
percutian mereka tidak lebih sekadar untuk bergembira dan jalan-jalan..
dan memandang kosong penciptaan ALLAH..
dan pastinya kita berbeza,kita tidak sama dengan mereka..
kerana bangun kita,duduk kita,berjalan kita..kita mengharap ganjaran disi Tuhan..
kita mahu jadi hamba yang mentadabbur dan mengambil ibrah (pengajaran) dari sekecil-kecil hinggga sebesar-besar penciptaanNYA..

Selamat berjalan-jalan.selamat menghayati.jangan nakal-nakal.dan jangan lupa beli souvenir :D (sempat lagi...)



"Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke Baitullah dengan berjalan kaki,atau mengenderai berjenis-jenis unta yang kurus,mereka datangnya dari segenap penjuru (dari ceruk rantau) yang jauh.’’
[Al-Hajj:27]

Ingin ke bumi itu..
Bumi yang sangat banyak menyaksikan perjuangan kekasihNYA صلى الله عليه وسلم
Doakan...-_-